? ??????????????Soul Blossoming? ????? ?? ???Rating: 4.8 (13 Ratings)??1136 Grabs Today. 36920 Total Grabs
. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????So Glamorous? ????? ?? ???Rating: 4.5 (118 Ratings)??1064 Grabs Today. 39252 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get t BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 21, 2010

Jadual Spesifikasi Ujian

ISL minggu 3
Tarikh: 18-22 Januari 2010
Tajuk: Jadual Spesifikasi Ujian
Tugasan: Membuat nota lanjut tentang JSU.

Pengenalan
· Jsu adalah ringkasan bagi Jadual Spesifikasi Ujian.
· Ia merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya.
· Rancangan persediaan item / soalan.
· Dikenali juga sebagai “ Test Blue Print” dan “test Specification”
· Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi : paksi “kandungan” (menegak) dan
paksi“Aras kemahiran” (melintang”.
· Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran
merupakan taksonomi penguasaan
· Dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian
· Membantu penggubal membina item soalan

Ciri-ciri JSU
1. Mempunyai kandungan ujian (topik-topik pelajaran.)
2. Aras kemahiran yang bergantung dengan taksonomi objektif pendidikan.
3. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
4. Bentuk soalan : objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain.
5. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
6. Kepayahan/ kesukaran item ( 20%- 80)

Siapa yang membuat JSU:
· Penggubal kurikulum dan sukatan pelajaran
· Guru-guru yang mengajar mata pelajaran

Kepentingan JSU

  • Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
  • Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
  • Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
  • Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji.
  • Memberi panduan untuk membentuk format ujian.
  • Memberi panduan untuk membentuk soalan.
  • Menstabilkan taraf serta aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
  • Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
  • Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.


    Syarat JPU:
    1. Ujian tidak dibina sembarangan,
    2. Menimbulkan kepentingan topki dan aras kemahiran yang diuji,
    3. Memberi panduan dan penentu kepada penggubal ujian, dan
    4. Memastikan kesesuaian taburan soalan berdasarkan aras dan kemahiran.

    Langkah-langkah membina JSU

  • Langkah1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
    Langkah II : Tentukan soalan yang akan dibina itu.
    Langkah III : Tentukan model aras kesukaran item.
    Langkah V :
    · Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll)
    · Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
    · Pemarkahan
    Langkah VII
    — -Menyatakan mata pelajaran
    — -Tingkatan
    — - Susunan nombor soalan mengikut tajuk.


Kesimpulan:
Jadual Spesifikasi Ujian mengandungi tiga paksi utama.
1. Paksi Kandungan
- Tajuk
- Subtajuk
2. Paksi Kemahiran
- Aras kemahiran
3. Paksi Wajaran
- Peratusan pemberatan setiap tajuk
- Bilangan soalan



Wednesday, January 13, 2010

Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl

ISL minggu 2
Tarikh: 11-15 Januari 2010
Tajuk: Taksonomi dan domain
Tugasan: Pelajar membuat catatan tentang taksonomi Bloom dan domain Krafthwohl.

Taksonomi Bloom
· merujuk pada taksonomi yang dibuat untuk tujuan pendidikan.
· disusun oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1956
· tujuan pendidikan dibagi menjadi beberapa domain.
· Suatu nilai berdasarkan kognitif.
· Merangkumi aspek pengetahuan, fakta dan teori.
· Membina pemikiran untuk pemahaman.
· Menjadi lebih kreatif dalam suatu pembelajaran.

Peringkat-peringkat dalam Taksonomi Bloom
Terdapat enam aras dalam Taksonomi Bloom iaitu:
a) Pengetahuan
· Mengingat semula tanpa perubahan.
· Mengetahui objektif pembelajaran.
· Terdiri daripada suatu penyataan yang ringkas, tepat dan tidak memerlukan contoh.
· Contoh soalan: Bilakah, Siapa, Apa



b) Pemahaman
· Kebolehan mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain.
· Boleh menyatakan idea utama dalam ayat sendiri.
· Terjemahan isi kepada huraian.
· Memahami bahan dengan berkesan.


c) Aplikasi
· Kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi baru.
· Menekankan penggunaan kaedah, prinsip dan hokum teori.
· Pembelajarandaribahanmujarat/abstrak.

d) Analisis
· Kebolehan memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil.
· Membahagikan pembelajaran.
· Menaakul sebab dan meleraikan komunikasi
· Menilai kerelevanan data (topik)

e) SIntesis
· Kebolehan mencantumkan dan mengintegrasikan fakta yang berkaitan.
· Membentuk sesuatu yang baharu (idea).

f) Penilaian
· Menguji kebolehan, mebuktikan, mengkritik.
· Membuat penilaian dan pertimbangan berdasarkan kriteria.



DOMAIN KRATHWOHL

Objektif pembelajaran yang menekankan aspek perasaan, emosi dan tahap penerimaan individu.
Dapat dinilai dalam diri seorang individu melalui watak dan perwatakan. (Luaran dan dalaman).
Aspek yang terkandung dalam domain afektif:
a) Minat
b) Tingkahlaku
c) Penghargaan
d) Nilai
e) Emosi


Peringkat-peringkat dalam domain Krathwohl
PENERIMAAN
· Keinginan dan kesanggunpan untuk memberi idea atau bahan serta boleh bertoleransi berdasarkan situasi.
· Objektif am:
i. Mendengar dengan teliti.
ii. Menunjukkan sensitiviti.
iii. Menerima perbezaan khusus.
iv. Hasil pembelajaran:
v. Menyoal, memilih, menghuraikan.
vi. Mengikut, mengenalpasti, menamakan.


BERTINDAK BALAS
· Kesanggupan untuk bertindak balas terhadap ransangan.
· Boleh mengambil bahagian secara aktif.
· Objektif am: Melengkapkan tugasan.
· Objektif khusus: Boleh menulis tentang isi pelajaran.
· 3 kategori:
I. Persetujuanmembalas.
II. Kesediaanmembalas
III. Kepuasanmembalas.

MENILAI
· Kesanggupan untuk dinilai oleh orang lain berdasarkan idea, bahan atau situasi.
· Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan.
· Menilai berdasarkan penghayatan satu set nilai spesifik.
· 3 kategori: Penerimaan, pilihan dan penglibatan.
· Objektif am: Menghargai orang lain
· Objektifkhusus: Boleh melaporkan


ORGANISASI
· Kesanggupan menghubungkait sesuatu perkara dengan nilai yang dipegang.
· Pelajar boleh membezakan nilai dan situasi yang berbeza.
· Kategori: Penanggapan dan organisasi.
· Objektif am: Pelajarboleh merekacipta.
· Objektifkhusus: Pelajar mampu membina ayat dan fakta.



PERWATAKAN
· Kesanggupan bertindak dengan konsisten selari dengan nilai yang dipegang.
· Perubahan tingkah laku selepas sesi P&P.
· Objektif am: Mengekalkan nilai-nilai dalam P&P.
· Objektif khusus: Disiplin dalam mengekalkan nilai.


RELEVAN
· Tidak membiarkan murid menerima ilmu sekadar dari segi luaran yang tidak mempunyai nilai.
· Menginginkan muridu ntuk bertindak balas terhadap pembelajaran dengan menilai,merancang dan membuka minda murid
· mereka cenderung dalam sesuatu bidang.
· Mencari cara pengajaran yang meransang minat pembelajaran murid.
· Pengajaran yang tidak hanya tertumpu pada sesuatu topik yang tidak berkait rapat dengan minat murid.
· Topik yang terkandung dalam literasi pendidikanseperti:
a) Tingkahlaku.
b) Motivasi.
c) Komunikasi.
d) Cara pengurusanbilikdarjah.
e) Cara Pembelajaran.
f) Penggunaanteknologi.




Rujukan:
http://www.educ.upm.edu.my/~gm/berfikir.htm
http://www.uwsp.edu/education/lwilson/curric/newtaxonomy.htm
http://coe.sdsu.edu/eet/Articles/bloomrev/index.htm
http://www.slideshare.net/qeela/pp-toksonomi-bloom-domain-krathwohl~QEELA~http://id.wikipedia.org/wiki/Taksonomi_Bloom




Thursday, January 7, 2010

Konsep Pentaksiran, Pengujian, Penilaian dan Pengukuran

ISL minggu 1
Tarikh: 04-08 Januari 2010
Tajuk: Definisi dan konsep pentaksiran,pengujian, penilaian dan pengukuran

a)Pentaksiran

  • Suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu
  • Melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian.
  • Sebahagian daripada proses pembelajaran.
  • Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000).
  • Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor.
  • Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

b)Pengukuran

  • Proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut.
  • Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.
  • Menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifat-sifat tertentu.
  • Biasanya pengukuran diwakilkan dengan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili sifat tertentu.
  • Misalnya,Jelita mendapat markah 80 peratus dalam ujian Bahasa Melayu. Prestasi Jelita tidak dapat dinyatakan sama ada baik atau sebaliknya.
  • Ini kerana kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai.
  • Pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.
  • Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian.
  • Pengukuran adalah menjurus kepada banyak mana skor atau markat yang diperolehi dengan menggunakan proses tertentu.
  • Pengukuran juga tidak bersifat mutlak.
  • Ketinggian mental seseorang individu lebih sukar untuk diukur.berbanding ketinggian fizikal.

c)Penilaian

  • Menurut Stufflebeam (1971), penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita.
  • Penilaian menentukan jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari sesuatu program pendidikan.
  • Penilaian merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan.
  • Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.
  • Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.
  • Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran.
  • Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.
  • Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.
  • Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah usaha pengajaran itu ditentukan.
  • Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai pencapaian pelajar.
  • Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan.
  • Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai prestasi murid berkenaan.
  • Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.
  • Penilaian boleh dijalankan dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali.
  • Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan dalam kaedah yang lebih mudah difahami.
  • Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor.
  • Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.
  • Penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.
  • Dari segi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai.
  • Penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya.
  • Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Misalnya dalam pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran dalam bahasa.
  • Terdapat benyak persoalan yang perlu diselesaikan dalam membuat penillaian seperti apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya.

d) Pengujian

  • Merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti.
  • Ujian adalah alat ukur.
  • Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan.
  • Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
  • Ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran.
  • Tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.
  • Pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus.
  • Pengujian dapat dianggar sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
  • Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
  • Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains.
  • Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ekstrovert atau introvert bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.
  • Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
  • Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan dikukuhkan oleh Milagros(1981) seperti yang terkandung dalam Raminah Hj.Sabran(1991). (Raminah 1991:2).
  • Proses pengujian bermula dengan peringkat persediaan, pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
  • Proses pengujian membolehkan guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai tahap kemahiran yang telah dipelajari.

    Rujukan

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://ismailwasi06.blogdrive.com/archive/6.html